15 Jun 2007

6-SURAT-SURAT DARI SEORANG SAHABAT YANG BELUM PERNAH DITEMUI (6)

Assalamualaikum,
Sahabat pena yang sentiasa diingati. Diharap Man sekeluarga sihat sejahtera setelah 2 hari bercuti di Langkawi. Mungkin banyak pengalaman menarik yang telah dilalui di sana. Syam sendiri belum pernah ke Langkawi, tetapi kisah-kisah kurang enak tentang kehidupan remaja Islam di sana yang didengar dan dibaca melalui bahan media massa , menyebabkan Syam kurang selesa dengannya. Pernah disiarkan dalam Majalah MASTIKA tentang kisah para remaja berpesta minum arak di beberapa lokasi tepi pantai di Pulau Langkawi. Ada org cerita, arak mudah didapati di sana sebab dijual secara terbuka dan harganya pula murah. MasyaAllah tak tahulah apa nak jadi dengan umat akhir zaman.
Berbalik kpd soalan Man tempoh masalah jin. Maka dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani saya cuba menjawabnya; Saya akan cuba berikan nas dari Quran atau Hadis pada setiap fakta yg ditulis. Harap Man dpt rujuk Al Quran lepas ini.
Pertama :
a) Jin adalah satu makhluk yang telah lama diciptakan oleh Allah sebelum diciptakan Nabi Adam. Ia diciptakan dari jenis api yang sangat panas.Rujuk Surah Al Hijir ayat 27.
Walaupun asal Jin drpd api, tetapi setelah menjadi jin maka sifat api padanya bukan lagi 100%. contohnya manusia sendiri , walaupun berasal dr tanah, setelah jadi manusia unsur tanah tiada lagi pada badan manusia. Dalilnya hadis riwayat Nasa'i daripada Aisyah ridayallahu anha " Ketika Rasulullah sedang solat , baginda telah didatangi jin , maka baginda menangkapnya dan dicekiknya jin itu. Kata Rasulullah " Hinggakan aku dapat merasai kesejukan lidahnya" .
b) Ada jin Islam dan Jin kafir . Sila Rujuk Surah Al Jin ayat 1 - 28. atau Surah Al Ahqaaf ayat 29-31.
c) Syaitan dan iblis adalah dari kalangan jin kafir kerana engkarnya mereka kpd perintah Allah ( sujud hormat kpd Adam). Rujuk Surah Al Kahfi ayat 50.
Jgn kita lupa, apabila membicarakan tajuk jin , kita sebenarnya bercakap tentang musuh utama kita iaitu syaitan dan iblis.
d) " Jin ( syaitan) boleh berjalan / berlari dalam dalam badan manusia mengikut perjalanan darah." Maksud hadis Nabi riwayat Bukhari dan Muslim.
e) Jin boleh bertukar rupa kpd makhluk lain. Seekor jin pernah dtg kpd Abu Hurairah(sahabat Nabi) dgn rupa manusia . Jin itu mencuri makanan yang dijaga oleh Abu Hurairah. Dia ditangkap. Kemudian dilepaskan setelah berjanji tidak mahu mengulanginya lagi. Kemudian ditangkap setelah mencuri kali kedua dan ketiga. Akhirnya jin itu memberitahu kpd Abu Hurairah supaya membaca ayat Kursi utk berlindung dari gangguan syaitan.
Jin juga boleh bertukar rupa kepada seekor ular. Syam sendiri pernah terserempak seekor ular yang berada di tepi rumah. Kemudian secara tiba-tiba ia hilang dicelah daun kayu dan batu bata. Sebenar itu adalah jin.
Kedua:
Persoalan , adakah jin boleh merasuk manusia dan memasuki badan manusia?
Ianya adalah satu hakikat yang diakui oleh para ulamak. Dijelaskan perkara ini oleh Dr Umar Sulaiman Al Asyqar dalam kitabnya Alam Jin dan Malaikat. Begitu juga huraian masalah ini oleh Imam Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Bari huraian hadis Sahih Bukhari. Justeru kita digalakkan mengamalkan bacaan -bacaan wirid, doa-doa dan ayat-ayat tertentu utk berlindung dgn ALLAH dari gangguan makhluk ini. Sekurang-kurangnya bacaan Wirid Ma'thurat setiap pagi dan petang.
Ketiga:
Persoalan , adakah seorang manusia yg mendakwa boleh menangkap jin dengan kemahiran ilmu yg dimilikinya kemudian memasukkan jin itu ke dlm botol.
Ia adalah dakwaan yg tidak berasas. Ilmu apakah yg diamalkan hingga membawa kpd tertangkapnya jin. Ilmu tangkap jin itu dipelajari dari mana?? dari Al Quran , As Sunnah atau dari mana-mana sumber yg tidak sahih ?? Ilmu apakah yg dimilki hingga membawa tertangkap jin itu, sedangkan Rasulullah s.a.w pun tidak mampu untuk menangkap jin krn tidak diizinkan oleh Allah subhanahu wataala. Hanya Nabi Sulaiman sahaja yg diberikan kuasa oleh Allah taala utk menguasai dan memberi arahan kpd jin.
Satu hari ketika Rasullullah sedang solat Asar berjemaah di masjid, baginda didatangi jin yg membawa obor api yg menyala. Jin itu mahu menghalakan nyalaan ke wajah Rasulullah, baginda menepisnya beberapa kali dgn tangan. Hanya Rasulullah seorang shj yg nampak jin ini. Para sahabat lain tidak mampu melihatnya. Ini urusan alam ghaib.
Setelah selesai solat , sahabat2 bertanya , kenapa ketika solat Rasulullah menolak-nolak tangannya ke tepi seolah -olah mengelak dari sesuatu. Baginda menjelaskan dgn katanya
" Ketika solat tadi aku telah diganggu oleh syaitan (jin) dgn obor api yg dibawanya, jadi aku cuba mengelaknya dan menepis ke tepi. Hinggalah jin itu beredar. Kalaulah bukan krn disebabkan tiada keizinan dari Allah ( utk menangkapnya) , sudah tentu aku akan menangkapnya dan mengikat di tiang masjid dan budak-budak (kanak-kanak) di madinah ini boleh bermain-main dengannya. "
Bagaimana seorang manusia boleh mendakwa mampu tangkap jin ( syaitan) sedangkan Rasulullah yg merupakan manusia pilihan ALLAH, pun tidak mampu melakukannya. Berkenaan dengan kemampuan Nabi Sulaiman menguasai jin bolehlah rujuk Al Quran surah An Naml ayat 17dan ayat 39.
atau surah Saba' ayat 12-14. atau surah Saad ayat 35- 38. Sila rujuk Al Quran yang ada terjemahan atau tafsiran ayat-ayat berkenaan.
Sekian dulu dari saya. Semoga kita ditambahkan ilmu , iman dan taqwa. Dipelihara hati kita dari bisikan syaitan dan makhluk jahat. Berjuang terus utk mendapat MARDHATILLAH. Pastikan hati kita tak putus Hubungan Dengan Allah ( HDA) .
Dari saya yg sentiasa mendoakan kesejahteraan utk saudara
Abu Kamil Al Hafiz
Kota bharu.
10.00 PAGI 3 APRIL 2007

Tiada ulasan: