Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan

08 April 2010

Enam Jenis Wanita Yang Buruk

Enam Jenis Wanita Yang Buruk

SEORANG penceramah wanita di tv menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian.

25 Julai 2008

HARAPAN


Asalamu'alikum

Pada Semua yang sentiasa meletak
HARAPAN HANYA PADA ALLAH..Alhamdulillah! Kita masih diberi ruang dan kekuatan oleh Allah yang maha Esa lagi Sang Penguasa yang mencipta dan Mengurus segalanya.

Pastinya kita bersyukur dan bertungkus-lumus untuk menjaga Iman dan Islam yang telah dianugerahkan, bukan suatu perkara yang mudah, namun dengan apa kita lalui iaitu semalam telah berlalu, hari ini sedang kita lalui dan mungkin esok datang lagi... Lalu kita sentiasa Muhassabah dan Muraqabah.

Sebenarnya Formula Kehidupan telah ada ditangan kita... Apa yang masih kurang pada Pakej yang telah telah di tinggalkan oleh Rasul s.a.w?

Ayuh kita benar-benar hayati dan amali Al-Quran dan Sunnah, kerana selagi kita berpegang keduanya pastinya Insan berIman tidak akan hilang harapan malah penuh yakin dan berwaspada dalam menghrungi hidup ini.

Firman Allah:
2. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

( 65. Ath Thalaaq: 2-3)

Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang telah di Takdirkan keatas diri kita , apa yang lebih penting adalah selayaknya sentiasa ta'at dan bersyukur pada apa yang telah kita miliki sedangkan kita tidak pernah meminta-minta dulu... semuanya telah disediakan! Alhamdulillah!

Firman Allah:
7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(14. Ibrahim)

Nikmat Allah akan melimpah ruah keatas Insan yang sentiasa sedar dan faham bahawa kita hanyalah hamba kepada Allah sebagai Rob dan Ilah, Pada NYA milik segala kekuasaan dan kekayaan... Mohonlah

60. Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(40. Al Mu'min:60)

Wahai Saudara ku yang dikasihi... Sebenarnya Allah amat pengasih dan Amat Penyayang Pada HambaNYA yang mahu mendekati dan sentiasa memohon keampunanNYA.. Mohonlah dan Letaklah PENGHARAPAN HANYA PADA ALLAH.

Esok yang datang pasti membahagiakan kita di Dunia dan Akhirat... InsyaALLAH..

24 September 2007

DO'A


Abu Dzarr pernah berkata:
"do'a itu dicukupkan dengan kebajikan, sebagaimana makanan yang dicukupi dengan garam"
Do'a adalah ubat dan penawar yang paling tinggi nilainya malah amat berguna di mana dan bila-bila pun. Ini ternyata kerana Do'a merupakan musuh bagi musibah, Do'a yang benar dapat menolak, mencegah turunnya musibah malah mampu menghilangkannya..
Abu Hurairah meriwayatkan:
"Ada tiga orang yang do'a mereka tidak ditolak, pemimpin yang adil, orang yang bepuasa ketika hendak berbuka dan do'a orang yang dizalimi".
Ketika kita sedang berdo'a sebenarnya kita sedang memohon dan bergantung harap pada suatu kuasa yang Maha Besar Dan Maha Hebat, tidak ada sesuatu kuasa pun yang dapat mengatasi kekuasaan Allah swt.
Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran".
(Al-Baqarah:186)

Marilah kita jadikan do'a sebagai amalan harian kita kerana ternyata segala permohonan kita didengari Allah dan yakinlah do'a kita tidak perlu melalui berbagai proses birokrasi yang menyulitkan untuk diluluskan.
Sesiapa sahaja antara kita yang diilhamkan untuk berdo'a maka bersegeralah berdo'a kerana ini menandakan atau beerti do'anya akan dikabulkan.
Dan Tuhanmu berfirman:
"Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
(Al-Muk'min:60)
Dalam Sunan Ibnu Majah dari Hadists Abu Hurairah, katanya Rasulullah saw. Bersabda:
"sesiapa yang tidak memohon kepada Allah, nescaya Allah akan murka kedadanya"
Semua ini jelas menunjukan kepada kita bahawa Keridhaan Allah terletak dalam KETAATAN DAN PERMOHONAN Hanya kepada Allah swt. Jika Allah telah meridhai kita maka kita sentiasa berada dalam keselamatan dan rahmatNYA. Sebaliknya jika kita BERMAKSIAT DAN DERHAKA... Ini pastinya mengundang KEMURKAAN ALLAH...
Dan musibah di dunia dan akhirat yang tidak mampu kita tanggung.

03 Julai 2007

KEMENANGAN MUHAMMAD IBN ABDULLAH (S.A.W)

Kalimah telah bergema dan berkumandang di setiap penjuru bumi Allah s.w.t ini, siang dan malam. Diulang-ulang oleh jutaan manusia, gema suara itu terus menerus sepanjang empat belas abad yang lalu tanpa berhenti dan tidak pula mati. Walaupun pemerintahan negara silih berganti dan keadaan alam sekitar selalu berubah, tetapi laungan kalimah tidak akan bertukar ganti. Bergemanya laungan abadi berkenaan menjadi bukti yang nyata bagi kemenangan Muhammad ibn Abdullah s.a.w.
Kemenangan itu bukanlah dimaksudkan dengan kemenangan dalam pertempuran di medan, juga bukan dimaksudkan dengan kemenangan membuka Makkah dan menyatukan seluruh Semenanjung Arab di bawah pemerintahan Islam. Juga bukan dimaksudkan kemenangan menundukkan dua kerajaan yang besar pada masa itu iaitu Rom dan Farsi, tetapi kemenangan yang dimaksudkan ini adalah kemenangan yang bersifat sejagat, menjiwai penyusunan hidup ini, merubah perjalanan sejarah dan memberi nilai-nilai murni dan tetap (thabat) sepanjang zaman.
Sesungguhnya kemenangan Rasulullah s.a.w itu tidak lenyap walaupun kadang-kadang berlaku kelemahan yang mendatang ke atas umat Islam. Nilainya tidak hilang meskipun timbul berbagai aliran baru (dengan nama-nama baru) serta berbagai falsafah moden, cahayanya tidak padam dengan penguasaan satu golongan ke atas golongan yang lain. Ini disebabkan oleh asasnya yang amat kukuh bertapak di alam ini, menjiwai hati manusia dan menjelma dalam berbagai lapangan hidup ini.
Pada hakikatnya kemenangan itu telah membawa bukti-bukti yang nyata tanpa memerlukan bukti-bukti yang lain lagi, cuma apa yang perlu bagi kita ialah mengkaji dan menyelidik bagi mengetahui faktor-faktor kemenangannya serta jalan yang telah dilalui baginda.
Tidak syak lagi bahawa Allah s.w.t menghendaki kemenangan bagi Nabi Muhammad s.a.w serta menghendaki Deen Islam itu menguasai alam ini. Bagaimanapun Allah s.w.t tidak memberi kemenangan dengan begitu mudah sekali, Allah s.w.t tidak menjadikannya seperti ‘mukjizat’ tanpa memerlukan mujahadah serta jalan yang perlu diikuti oleh manusia. Kita lihat di dalam seerah bahawa Allah s.w.t menjadikan kemenangan itu sebagai hasil tabii dari Jihad Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda, serta natijah yang selayaknya dari pengorbanan mereka.
Sesiapa yang ingin mengetahui bagaimana Rasulullah s.a.w mencapai kemenangan, serta bagaimana Islam berjaya, maka hendaklah ia mempelajari serta meneliti akan keperibadian Rasulullah s.a.w, tindakannya, perjalanan hidupnya (sirahnya) serta jihadnya semoga dia dapat memahami bahawa jalan kemenangan/kejayaan itu sudah tersedia dan terbentang serta faktor-faktornya telah sedia wujud. Sesiapa juga inginkan kemenangan walau di zaman mana dan di mana tempat ia berada, oleh itu hendaklah ia mengikut contoh-contoh yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w.
Terdapat tiga nilai asasi kejayaan Muhammad ibni Abdullah s.a.w :
Pertama : Kejayaan Peribadi Baginda Rasulullah s.a.w sendiri - ketika mana orang-orang kafir Quraisy meminta bapa saudaranya ( Abu Talib ) supaya menahan baginda daripada bercakap mengenai tuhan-tuhan mereka, mereka telah membuat berbagai tawaran kepadanya, sekiranya baginda mahukan hartabenda maka mereka akan berikannya, jika baginda inginkan pangkat maka mereka akan mengangkatnya menjadi raja dan apa sahaja yang dikehendaki olehnya maka mereka akan berikan semuanya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjaya mengetuk pendengaran mereka dan pendengaran dunia umumnya di sepanjang zaman dengan sumpahnya yang abadi yang terbit dari keimanan dan keyakinannya, sumpah berkenaan membawa maksud :
“ Demi Allah !, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku untuk aku tinggalkan urusan ini (perintah Allah), maka sekali-kali aku tidak akan tinggalkan sehingga Allah buktikan kejayaannya ataupun aku mati. “
Sungguh hebat, Inilah gambaran tindakan yang dicetuskan oleh Iman sejati, bukan terbit dari khayalan manusia semata.
Kedua : Kejayaan Rasulullah s.a.w Membentuk Jamaah Sahabat Ridhwanullahialaihim – jamaah yang merealisasikan iman mereka dalam gerak kehidupan mereka. Baginda berjaya membentuk/mencorak mereka mengikut corak al Quran sehingga jadilah mereka itu ibarat al Quran yang bergerak di atas muka bumi ini. Baginda berjaya menjadikan mereka sebagai model berjisim bagi Islam, jika manusia melihat mereka, bermakna melihat Islam itu sendiri.
Sebenarnya nas-nas (ayat-ayat) al Quran sahaja tidak bermakna sekiranya tidak dijelmakan dalam amalan seseorang, prinsip-prinsip sahaja tidak hidup melainkan dijelmakan dalam tingkahlaku dan amalan hidup ini. Kita dapati Rasulullah s.a.w meletakkan haluan utamanya ialah : membentuk rijal/pendokong-pendokong Islam, tidak semata-mata menyampaikan peringatan-peringatan sahaja. Baginda mendidik jiwa mereka , tidak semata-mata berkhutbah sahaja. Baginda membina Ummah bukan membangunkan falsafah.
Adapun Fikrah Islam itu telah terkandung di dalam al Quran al Karim, maka peranan Rasulullah s.a.w ialah membentuk Rijal yang mendokong fikrah tersebut sehingga dapat disaksikannya dengan mata kasar. Apabila rijal yang sudah terbentuk keperibadian mereka itu bergerak menjalankan aktiviti mereka di atas mukabumi ini, maka manusia lain melihat suatu keperibadian yang unik yang tidak pernah dilihat sebelum itu kerana keperibadian mereka itu adalah terjemahan atau jelmaan dari fikrah Islam yang unik, yang tidak pernah dikenali dalam sejarah manusia sebelum itu. Ketika itu barulah manusia lain yakin dengan fikrah Islam kerana mereka telah yakin kepada rijal atau pendokong-pendokong fikrah itu yang telah menghayati Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka, juga barulah mereka mahu mengambil contoh tauladan serta menuruti jalan yang telah dilalui oleh rijal itu.
Fikrah Islam sahaja tidak akan hidup melainkan apabila fikrah itu dijelmakan di dalam kehidupan manusia seluruhnya. Dalam hal ini kita dapati Rasulullah s.a.w telah berjaya membentuk atau mendidik sehingga fikrah Islam itu menjadi manusia yang berfikrah. Baginda berjaya dalam tarbiyyahnya sehingga keimanan mereka itu lahir dalam bentuk amalan praktik hidup, seolah-olah baginda dberjaya mencetak berpuluh-puluh, beratus-beratus bahkan beribu-ribu naskah al Quran, tetapi bukanlah dicetak dengan dakwat atas lembaran-lembaran kertas, hanya sanya baginda mencetak beribu-ribu naskah al Quran itu dengan Nur Iman di ats lembaran-lembaran hati dan jiwa manusia. Generasi al Quran itulah yang dikeluarkan ke tengah-tengah masyarakat manusia, menjelas dan menghuraikan dengan perbuatan serta amalan mengenai apakah Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi utusan Allah s.w.t itu.
Ketiga : Kejayaan Rasulullah s.a.w Ketikamana Baginda Menjadikan Syariat Islam Sebagai Sistem Yang Memerintah Hidup Ini – menyusun masyarakat, mengatur perhubungan di antara manusia dand menentukan nilai-nilai manusia dan benda.
Sesungguhnya Islam itu adalah suatu ‘aqidah yang melahirkan syariat dan terbina di atas syariat itu suatu sistem atau peraturan. Himpunan ‘aqidah dan syariat serta sistem itu maka terbentuklah pokok Islam, tiap-tiap pokok ada akarnya, batangnya dan buahnya (hasilnya), tidak tegak batang dan tidak lahir buahnya tanpa akarnya yang menjunam ke dalam bumi, tidak bernilai bagi akar yang tidak tumbuh batang pokoknya dan tidak bernilai atau berfaedah pokok yang tidak mengeluarkan hasilnya.
Oleh sebab itulah Islam menggesa supaya berhukum dengan syariat Allah s.w.t di dalam hidup ini. Firman-firman Allah s.w.t menjelaskan perkara ini:




Terjemahannya:
“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi) , yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. “
(Surah al Maa-idah : 44)




Terjemahannya:
“ Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya ( at Taurat ) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qisasnya), maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. “
(Surah al Maa-idah : 45)




Terjemahannya:
“ Dan hendaklah orang-orang yang mengikuti Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. “
( Surah al Maa-idah : 47)



Jika dilaksanakan, maka luputlah dongeng-dongeng yang menganggap bahawa Deen itu terpisan dari daulah (pemerintahan). Sebenarnya tidak wujud daulah tanpa deen dan tidak ada deen tanpa syariat dan sistem. Sejak hari pertama tegaknya Daulah Islamiyyah, maka syariat Islamlah yang berjalan, memerintah daulah tersebut, pemilik syariat itu ialah Allah s.w.t. Kerajaan Islam bermula sejak penganut Islam masih kecil bilangan mereka. Namun mereka telah berjaya mempertahankannya serta mengawalnya. Kerajaan itu bertapak kukuh di suatu bahagian bumi ini dibawah naungan panji-panji Islam. Di masa itu Islam menjadi sistem hidup bermasyarakat, hubungan antara muslimin dan antarabangsa. Kemudian Islam berkembang luas dengan membawa ‘aqidah, syariat serta sistemnya di mana sahaja Islam itu bertapak, sesiapa yang suka maka dia boleh menganut Islam dan sesiapa yang enggan maka tidak ada paksaan ke atasnya. Bagaimanapun sistem Islam tetap memberi keadilan dan kebaikannya. Ketika itu berduyun-duyunlah manusia menganut Islam dengan rela hati mereka, benarlah janji Allah s.w.t kepada Rasulnya seperti firman Nya :
Terjemahannya:
“ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat. “
( Surah an Nashr : 1-3)
Islam telah berjaya kerana ‘aqidahnya melahirkan syariat dan membangunkan sistem hidup yang memberi ketenteraman kepada manusia dan seluruh alam ini. Berjaya Rasulullah s.a.w kerana baginda melaksanakan syariat Allah s.w.t seperti yang dikehendaki.
Inilah nilai-nilai asasi kejayaan Rasulullah s.a.w yan telah diabadikan dalam hidup ini. Kejayaan ini InsyaAllah boleh dimiliki oleh generasi sekarang, asas panduannya sudah tersedia, hanya memerlukan usaha kita bagi mencapai kejayaan yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t kepada sesiapa yang menolong menegakkan deen Nya. -
Wallah hu ‘alam.