17 April 2010

AYAT-AYAT RUQYAH & PETUNJUKNYA

(klick pada tajuk untuk terus ke link Download)
InsyaAllah pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi koleksi rakaman MP3 Ruqyah Syariah dan cara penggunaannya. Ialah susunan ayat-ayat Al-Qur'an dan jampi2 yang dibenarkan syara' bertujuan untuk merawat penyakit, termasuklah gangguan jin dan sihir.
Secara umumnya, rakaman ruqyah syariah ini, dipelopori oleh muallij (perawat) dari tanah arab, sebagai satu kaedah terapi, contohnya oleh Syeikh Abdul Wahid Salam Bali. Dimana didalam kitab beliau, beliau menyarankan pesakit yang menghidapi masalah gangguan makhluk halus supaya membaca ataupun mendengar rakaman surah As-Soffat di waktu malam dan surah As-Dukhon di waktu siang. Penggunaan rakaman ruqyah mp3 semakin mendapat tempat dan digunakan dengan meluas oleh muallij-muallij di tanah arab.
Antara yang popular dan berada di pasaran (kena bayor :P )
Tetapi bagaimanapun, telah banyak yang percuma berada di internet. Kadang-kadang kita lihat, ada blog-blog yang menjual rakaman ini, dengan harga tertentu, walaupun kita tahu sumbernya ialah dari internet. Wallahualam. Biarkan mereka, tetapi yang ingin saya kongsikan hari ini, yang percuma, dan ada sebahagiannya memang dibacakan oleh muallij dengan kaedah rawatan yang betul.

Dibawah ini dua laman web yang memberikan mp3 ruqyah secara percuma.


dan


Bagaimanapun, dalam banyak2 mp3 tersebut, yang disebelah kanan blog ini yang saya suka/prefer. Tuan-tuan dan puan-puan boleh muat-turut (download) melalui link disebalh kanan blog ini. Mudah-mudahan pahala pembaca Qur'an itu berterusan, selagi mana bacaan mp3 ini digunakan.


Kegunaan MP3.
  1. Mengesan gangguan jin/sihir
  2. Sebagai terapi untuk rawatan gangguan jin dan penyakit2 jasmani
  3. Sebagai terapi untuk ketenangan jiwa

Peringatan
Jangan mendengar mp3 semasa memandu.

Cara Penggunaan MP3 Untuk Mengesan/Terapi Rawatan Jin
  1. Pilih kawasan yang sesuai untuk mendengar mp3 , elakkan tempat yang terlalu sibuk seperti tempat awam. Sebaik-baiknya di rumah
  2. Pilih masa yang sesuai, di mana kita tidak terlalu sibuk atau terkejar-kejar.
  3. Seelok-eloknya berwudhu' sebelum mendengar.
  4. Ucapkan kalimah syahadah dan selawat
  5. Pasang mp3 dengan nada sederhana. Cukup sekadar dapat didengar dengan jelas di dalam bilik. Elakkan memasang dengan terlalu kuat bagi menggelak menganggu ketenteraman jiran.
  6. Tutup mata dan dengar dengan khusyu'. Elakkan mengikut bacaan didalam ruqyah.
  7. Perhatikan jika terdapat tanda-tanda atau sintom-sintom gangguan.
  8. Tidak salah jika dengar beramai-ramai , dan digalakkan suami-isteri mendengar bersama-sama.

Sintom-Sintom Gangguan Semasa Bacaan
  1. Berdebar-debar
  2. Berpeluh-peluh
  3. Terasa sesuatu bergerak-gerak (Di perut, belikat, kaki dan sebagainya)
  4. Pening
  5. Nafas bertambah kencang
  6. Terasa hendak muntah
  7. Sesetengah anggota tubuh terasa kebas (numb)
  8. Kerasukan

Apa yang perlu dibuat jika pesakit/pasangan kerasukan
  1. Jangan panik
  2. Biarkan pesakit kerasukan, dan ulang-ulang rakaman sehingga pesakit sedar
  3. Jika terlalu lama (hampir sejam),
+ hentikan rakaman mp3,
+ bacakan

ayat untuk menyedarkan pesakit kerasukan
(insyaAllah dikongsi kemudian, tak tahun ni tahun depan :P)

ataupun

ayat Qursi,

tiup di tapak tangan sendiri, kemudian tepuk sederhana di antara dua tulang kipas pesakit. Panggil nama pesakit berulang-ulang kali


+ Biarkan saja pesakit, insyaAllah tak lama lagi akan sedar.

Ini satu lagi Link:-  http://www.4shared.com/audio/_aV-XZG4/syeikh_sa_id_al-ghamidi_-_ayat.html

No & Nama Urutan Surah:
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

08 April 2010

Enam Jenis Wanita Yang Buruk

Enam Jenis Wanita Yang Buruk

SEORANG penceramah wanita di tv menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian.