05 September 2008

TAZKIRAH 1



Surah Al-Baqarah:-183-187 Mishary Alafasy


Setiap tahun bila tibanya Ramadhon kita pasti dapat mendengar ayat ini(Al-Baqarah:183... ) di ulang-ulang baca sepanjang bulan tersebut, namun sejauh dan sedalam mana penghayatan dan kefahaman kita terhadap ayat ini..

Sekiranya benar-benar kita dapat memahami dan menghayati dengan begitu mendalam pastinya kita dapat merasai kegusaran melihat keadaan umat islam pada setiap tahun dalam bulan ramadhan.

Untuk lebih jelas lagi mari kita kaitkan pergertian ayat Al-Quran ini dengan maksud hadist Rasul saw ini:-

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadlan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

Dalam surah Al-Baqarah Allah mulakan dengan menyebut dan memanggil wahai orang beriman dan pada Hadist Rasul saw juga ibadah puasa mestilah dilakukan oleh mereka yang memiliki Iman, ternyata amalan puasa atau ibadah yang diwajibkan dalam bulan ramdhon adalah khusus bagi orang-orang yang benar-benar memiliki iman yang benar dan soheh.

Dengan Iman sahaja kita diperintahkan berpuasa dan demi meraih apa natijah dari amalan puasa itu sendiri, "...moga-moga kamu beroleh taqwa..."(Al-Baqarah:-183..) dan "...diampunkan dosa-dosa yang telah lalu..."(HR. Bukhari dan Muslim)

Kenyataan ini jelas berlaku di depan mata kita sekiranya mahu mengambil iktibar dan pengajaran, lihat sendiri disekeliling adakah manusia hari ini melakukan ibadah puasa ini dalam keadaan dia mempunyai iman yang benar lagi soheh atau ikut-ikutan. Rugi dan betapa malang sekali jika ramai antara kita meninggalkan Ramadhan tanpa memperolehi apapun..

Kesan dari kefahaman yang jelas terhadap ayat Allah swt dan Hadist rasul saw, dengan keImanan yang mantab dan mujahadah yang begitu tinggi menjadikan kita Insan yang sedar dan faham betapa setiap kali kita melalui Ramadhan lalu keluar dari bulan tersebut justeru menjadi hamba Allah yang baru dalam ertikata baru dengan bersih dari dosa dan moga-moga beroleh taqwa... InsyaAllah.

03 September 2008

TETAMU BIASA

23. Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
[1384]. Maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, karena Allah telah mengetahui bahwa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.
(45. Al Jaatsiyah:23)




Seperti yang di jangka bulan ini benar-benar membawa berbagai perubahan yang begitu ketara, sekiranya kita peka terhadap peristiwa sekitar kita. Bermula dari dalam diri, rumah, di jalanan dan hinggalah ke hotel-hotel bertaraf berbintang bintang..
Cuma sekali pandang dijalan kenderaan tiba-tiba sesak, tumbuhnya gerai-gerai juadah yng begitu mengiurkan samaada barangan jualan, pejualnya atau pun pembelinya.. jika mahu di senarai satu persatu begitu banyak!

Cuma disini Saya ingin memperkatakan satu dari berbagai fenomena Ramadhan yang setiap kali membawa kejutan dan ledakan dalam masyarakat melayu mutaakhir ini..
Pada bulan inilah kita akan diperkenalkan dengan 'Tazkirah Ramdhan',(Bagi saya ini perkembangan terbaik) mungkin bagi segelintir dari kita istilah ini terasa asing namun bagi pemburu ilmu ini adalah kesempatan untuk memilih masjid atau surau mana yang membawa Ustaz-ustaz yang terkenal atau yang sesuai dengan selera masing-masing.
Sepekara yang perlu kita perkata sebagai sampingan dari perbincangan ini adalah kecenderungan pihak masjid atau surau menjemput para Hafiz sebagai Imam solat taraweih, tentunya satu perkembangan yang sihat dan berfaedah tetapi mengapa hanya di bulan ini sahaja?

Mari kita dekati perihal tazkirah ini.. apa yang menjadi persoalan kita ialah apa matlamat sebenar Tazkirah ini, kerana apa setelah selesai Ramadhan masjid atau surau tadi kembali sunyi dan lengang dari jemaahnya hinggalah nyaring suara dari pembesar suaranya setiap malam..

Apa yang boleh saya perkatakan setelah pemerhatian lima ke enam tahun kebelakangan ini perubahana yang kita hajati dari tazkirah ini mungkin ada namun bukan perkara pokok sebenarnya..

apa yang saya katakan perkara pokok ialah kesedaran sebenar untuk kita benar-benar kembali menjadi hamba Allah dalam ertikata yang sebenar-benar hamba!
Pernah terbit tanda tanya dalam hati saya bila kali pertama sampai ke Cameron Highland, ini kerana saya melihat area tv begitu jauh dari rumah.. sebabnya rumah dibawah, di celah-celah bukit tetapi area tv nun di atas bukit! Tentunya memerlukan talian untuk menghubungkan rumah dan area begitu panjang namun ianya perlu demi mendapat siaran yang terang dan jelas, ini membuat saya mendapat iktibar betapa kita sebagai orang Islam untuk memperkukuhkan Iman kita perlu seupaya mungkin mencari jalan agar hati kita benar-benar mendapat hubungan langsung kepada Allah sebagai ROB dan ILLAH.. yang terlebih penting hubungan atau signal penerimanya perlu sangat terang dan jelas seperti kisah area tv tadi!

Disini apa yang dapat saya kertengahkan untuk para ustaz dan para pentazkirah bagaimana cara untuk kita dapat membuka atau mengajak audion kita agar dapat, mencari dan merasai hubungan hati dengan Allah dalam ertikata secara terus dan kekal tanpa ada ganguan yang membuatkan hubugan tersebut 'blur' atau terputus langsung.
Perkara pokok inilah yang saya maksudkan rupanya tidak ada ataupun telah hilang dan mampukah kita kembalikannya, mungkin kita ghairah memperkatakan hal-hal lain selama ini lalu langsung terlepas pandang persoalan asas yang begitu penting dalam situasi gawat bebagai musuh yang bijak bertukar “warna” zaman ini..

Kita boleh bayangkan “handphone” mahal tanpa signal nekwork walau kad sim sudah ada didalamnaya?? Tentu alat itu telah rosak atau ada masalah..

Betapa pentingnya kesempatan Ramadhan kali ini pengisian Tazkirah perlu sangat rasanya memberi tips-tips atau formula bagaimana mendapat hubungan terus dengan Allah lantas menjadikan kita jenerasi berIman mantap lagi perkasa Roh dan jasad.