27 September 2007

BETAPA MALANG


Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Maksudnya:
“Telah datang kepada kalian bulan yang berkat, yang diwajibkan kalian berpuasa, padanya dibuka pintu-pintu Surga dan ditutup pintu-pintu neraka Jahim, dan padanya syitan-syaitan dibelenggu, padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan yang lain, maka barang siapa yang tidak memperolehi kebaikan padanya maka mereka tidak memperolehi kebaikan buat selama-lamanya
Hadits Soheh Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i.
Saya begitu teruja bila kali pertama terjumpa dan membaca hadits ini, apa tidaknya Rasulullah S.A.W. begitu perihatin terhadap sahabat-sahabat ketika itu dan umat seterusnya, lalu memberi satu peringatan dan amaran yang amat berharga bila datangnya bulan ramadhan, malah banyak lagi terdapat hadits-hadits soheh yang menerangkan tentang keutamaan dan kehebatan bulan Ramadhan ini.
Amat malang sekali akhir-akhir ini Ramadhan yang datang tidak lagi memberi motivasi kepada kita untuk merasai atau sekurang-kurangnya mengambil kesempatan diatas keistimewaan yang dilonggok di depan mata kita, malah kesempatan Ramadhan dipergunakan juga tetapi dalam bentuk yang ketara bertentangannya dengan Hadits di atas...
Pada bulan ramadhan inilah kita akan bertemu dengan satu fenomena yang tidak pernah kita dapat lihat di bulan-bulan lain, tiba-tiba sahaja bila datangnya bulan ramadhan telah mengubah suasana, sikap dan kesungguhan kita, terbinanya bazzar-bazzar yang memperdagangkan berbagai jenis kuih muih dan lauk pauk yang tidak ditemui dibulan lain? para pengendali makanan berlumba-lumba mengiklankan pakej hidangan kepada masjid dan surau untuk menyedikan morer berbuka puasa, dengan sebut harga mereka.
Bagaikan pesta memperdagangkan beraneka jenis kuih muih dan lauk pauk cuba dihiasi dengan daya tarikan tersendiri di bulan yang mana diharamkan bagi Umat Islam yang bekuasa makan, malah diwajibkan berpuasa disiang hari dan mengawal hawa nafsu terutamanya nafsu makan, Satu hari di bulan puasa kita mampu makan dua kali iaitu sewaktu bersahur dan berbuka tetapi kenapa ada longgokan berbagai jenis ‘jenama’ makanan? Lantas tidak hairanlah berpusu-pusu malah sesak dengan manusia yang dikatakan ‘berpuasa’ begitu terburu-buru menuju ketempat ini untuk membeli juadah bebuka ‘alasannya’ tetapi apa yang kelihatan adalah makanan yang dibeli melampaui batas seorang untuk makan, pembaziran besar telah berlaku sebenarnya.
Tidak perlu disebut lagi ada terdapat restauran-restauran yang beroperasi seawal pagi dan dibuka seperti biasa dengan persedian menjual dan memberi khidmat secara ‘rahsia’ bagi mereka yang tidak mampu tetapi tiada alasan mengapa tidak berpuasa. Untuk siapakah sebenarnya makanan ini diperdagangkan seawal jam enam setengah pagi?
Pasaraya-pasaraya sibuk membuat potongan harga untuk hari raya, tempat-tempat sebegini sesak terutamanya malam-malam di bulan Ramadhan, Tukang jahit sudah menolak tempahan bagi mereka yang lewat, kerana tempahan tidak diterima lagi tiga ke empat bulan sebelum raya bagi kebanyakkan tukang jahit.
Apakah alasan kita bila bertemu Allah nanti? Para pengendali atau peniaga letih dan lesu kerana menyedia dan menjual makan dari pagi hinggalah waktu berbuka, pembeli sesak nafas kekenyangan kerana terlalu banyak dan cuba mengadap makanan yang dibeli dan para pekerja sibuk bekerja lebih masa ‘over time’ mengumpul duit menyambut raya yang diwajibkan hanya sehari itu, pada bulan ini jugalah juru jual bertungkus lumus berfikir dan mencari pelangan memastikan jualan peribadi dan syarikat di tahap tertinggi.
Adakah sekiranya Rasullullah S.A.W ada di kalangan kita sekarang ini akan merestui segala perlumbaan ini? Sedangkan Rasul dan para sahabat mempersiapkan diri bila datangnya Ramadhan dan bersedih bila di hujung Ramadhan…
Ternyata Ramadhan tidak meniggalkan apa-apa kepada kita malah mungkin menjauhkan lagi kita dengan Allah yang Maha Suci... Ramai antara kita tertipu sebenarnya.. Benarlah Wahai Rasul yang kami kasihi..
maka barang siapa yang tidak memperolehi kebaikan padanya maka mereka tidak memperolehi kebaikan buat selama-lamanya

Tiada ulasan: