24 September 2007

DO'A


Abu Dzarr pernah berkata:
"do'a itu dicukupkan dengan kebajikan, sebagaimana makanan yang dicukupi dengan garam"
Do'a adalah ubat dan penawar yang paling tinggi nilainya malah amat berguna di mana dan bila-bila pun. Ini ternyata kerana Do'a merupakan musuh bagi musibah, Do'a yang benar dapat menolak, mencegah turunnya musibah malah mampu menghilangkannya..
Abu Hurairah meriwayatkan:
"Ada tiga orang yang do'a mereka tidak ditolak, pemimpin yang adil, orang yang bepuasa ketika hendak berbuka dan do'a orang yang dizalimi".
Ketika kita sedang berdo'a sebenarnya kita sedang memohon dan bergantung harap pada suatu kuasa yang Maha Besar Dan Maha Hebat, tidak ada sesuatu kuasa pun yang dapat mengatasi kekuasaan Allah swt.
Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran".
(Al-Baqarah:186)

Marilah kita jadikan do'a sebagai amalan harian kita kerana ternyata segala permohonan kita didengari Allah dan yakinlah do'a kita tidak perlu melalui berbagai proses birokrasi yang menyulitkan untuk diluluskan.
Sesiapa sahaja antara kita yang diilhamkan untuk berdo'a maka bersegeralah berdo'a kerana ini menandakan atau beerti do'anya akan dikabulkan.
Dan Tuhanmu berfirman:
"Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
(Al-Muk'min:60)
Dalam Sunan Ibnu Majah dari Hadists Abu Hurairah, katanya Rasulullah saw. Bersabda:
"sesiapa yang tidak memohon kepada Allah, nescaya Allah akan murka kedadanya"
Semua ini jelas menunjukan kepada kita bahawa Keridhaan Allah terletak dalam KETAATAN DAN PERMOHONAN Hanya kepada Allah swt. Jika Allah telah meridhai kita maka kita sentiasa berada dalam keselamatan dan rahmatNYA. Sebaliknya jika kita BERMAKSIAT DAN DERHAKA... Ini pastinya mengundang KEMURKAAN ALLAH...
Dan musibah di dunia dan akhirat yang tidak mampu kita tanggung.

Tiada ulasan: