15 Jun 2007

8-SURAT-SURAT DARI SEORANG SAHABAT YANG BELUM PERNAH DITEMUI (8)

Badrul Hisham b Sulaiman
Assalamualaikum,
Abang Man yang dikasihi. Izinkan ana membahasakan anta sebagai abang.
Sebagai tambahan dari perbualan kita pagi tadi, sukalah ana maklumkan bahawa anta tak perlu risau apa-apa. Ana kan dah anggap anta macam abang ana sendiri. Sebenarnya ana sangat sayangkan anta.
Tanggungjawab yg terpaksa ana pikul terlalu banyak. Banyak kerja-kerja rumah terpaksa ana sendiri uruskan. Maklumkan isteri selalu mengadu tak sihat, sebab dia sarat mengandung masuk bulan ke 7.Dia sering kepenatan. Anak-anak di rumah selalu buat hal.
Kerja-kerja sekolah ana pula banyak yang nak disiapkan .
Malam tadi ana ke kelas tahfiz di sekolah lama ana dulu, dekat dgn rumah. Masa di kelas ana dah teringat nak telefon atau hantar sms pada anta, tapi ana takut mengganggu anta yang tengah belajar kelas bahasa arab. Jadi ana tak jadi telefon. Tahu-tahu pagi ini, anta dulu hubungi ana.
Ketahuilah , semenjak ana mengenali anta, tak pernah berlalu satu hari dalam hidup ana , melainkan ana tetap mengingati anta. Kalau anta tanya kenapa ?
Jawabnya: Setiap kali ana menyebut kalimah zikir , memuji Allah, bertasbih , berselawat , atau bangun solat di malam hari ana tak pernah lupa dgn pesanan anta tentang perlunya jaga " Hubungan Dengan Allah ( HDA). Maka sekali gus menjadikan ana teringat pada anta yang telah mengingatkan ana dengan satu perkara yang sangat penting dalam usaha menghidupkan hati ( iaitu zikrullah ).
Ana bercadang nak ke Ipoh pada hari jumaat 25 Mei 2007. Cuti sekolah tengah tahun bermula pada tarikh berkenaan. InsyaAllah ana harap yang kali ni memang betul-betul jadi. Harap Allah taala perkenankan hasrat hati hambaNya.
Apa yang ana pohon dari anta, doakan untuk kesejahteraan ana sekeluarga . Dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan hidup.
Dengan barakah dari Allah, rahmatNya, inayahNya, kasih sayangNya kita akan berjumpa 10 hari lagi. InsyaAllah dan InsyaAllah.
Abi kamil Al Hafiz
12.00 tengahari
15 mei 2007

Tiada ulasan: