15 Jun 2007

3-SURAT-SURAT DARI SEORANG SAHABAT YANG BELUM PERNAH DITEMUI (3)

Assalamualaikum,
Saudaraku Man, semoga sihat sejahtera selalu hendaknya.
Di sini saya sertakan gambar saya bersama anak-anak. .Sebenarnya saya ternanti-nanti e-mail dari Man untuk mengetahui sedikit sebanyak latar belakang Man. Tapi mungkin Man agak sibuk dan belum ada masa untuk menulisnya. Berikut sedikit biodata tentang dir saya dan keluarga:
Nama : Badrul Hisham bin Sulaiman, tarikh lahir 3 Januari 1969, Asal Pasir Mas.
Isteri : Nik Zumaini bt. Nik Abdullah , asal Pasir Puteh.
Anaka-anaK: Ahmad Fauzul azim ( 10 tahun ). Nurul Husna ( 9 tahun ), Wafa ( 6 ), Ahmad Nabil ( 3 tahun ) dan Ahmad Kamil 91 tahun 3 bulan).
Saudaraku yang dirahmati Allah,
Semasa sedang menuntut di Madinah dulu, saya memang ada seorang sahabat yang sangat rapat dengan saya. Beliau berasal dari Baling,Kedah. Setelah tamat belajar, kami jarang berhubung kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan urusan keluarga.Kami bersahabat semata-mata kerana Allah iaitu atas tujuan mencari keredhaan Allah.
Begitu juga semasa belajar di UIA, saya juga seorang kawan yang tinggal serumah dan sangat rapat. Beliau berasal dari Bachok Kelantan. Berbangsa Cina. Memeluk Islam setelah tamat pengajian tingkatan 6. Dihantar oleh keluarga angkatnya belajar agama di Aceh. Kahwin dengan orang Parit Buntar. Tapi sekarang kami jarang berhubung . Bahkan saya sendiri tidak dapat menghubungi beliau kerana ketiadaan nombor telefon. Memang kami bersahabat kerana Allah s.w.t. Kesibukan dengan urusan peribadi menyebabkan kami hampir putus hubungan. Tapi bukan putus silatturahim.
Saudaraku yang dikasihi,
Terlalu banyak dalil-dalil dari hadis nabi s.a.w. tentang kelebihan orang yang bersahabat pada jalan Allah. Sebagai contoh saya dapat sebutkan satu sahaja dari riwayat Abu Hurairah tentang tujuh golongan yang diteduhkan di bawah naungan Arasy Allah pada hari yang tidak ada teduhan melainkan teduhanNya sahaja, salah satu daripada tujuh golongan ini ialah : dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , mereka bertemu Allah dan mereka berpisah kerana Allah. Dengan kata lain mereka bersahabat atas tujuan membina kekuatan untuk sama-sama mengajak manusia ke jalan Allah.
Di kalangan rakan-rakan saya yang sama -sama belajar agama, jarang di antara mereka yang mengingatkan kita tentang perlu sentiasa menjaga Hubungan Dengan Allah ( HDA). Jarang di antara mereka yang rajin berqiamullail untuk membina hubungan yang sangat akrab dengan Maha Pencipta.
Namun, Syam rasa sangat teruja apabila membaca rutin seharian Man, bangun seawal 5 pagi , menunaikan solat sunat malam, berzikir dan amalan sunat lain pada hal Man hanya belajar di sekolah menengah biasa bukan aliran arab/agama. Kalau tak silap sayaMan belajar di Sekolah menengah Sultan Azlan Shah, Lenggong Perak. Apatah lagi Man cuba menarik para remaja yang jauh dengan agama untuk mendekati agama dan mengajak mereka mentaati perintah Allah . Maklumat ini saya baca dari majalah HALUAN. Apa pun Syam ucapkan Tahniah. Teruskan usaha yang mulia ini.
Berkenaan dengan laman web azmanmusa.com, Syam rasa masih banyak bahan yang perlu dimuatkan khususnya artikel yang berbentuk pendidikan , ilmu dan bahan motivasi. Sekiranya ada peluang , syam akan menulis untuk disiarkan dalam laman web itu.
Saudaraku yang dikasihi ,
Selepas membaca rencana tentang diri Man dalam majalah HALUAN, saya seperti mendapat satu suntikan semangat untuk sentiasa berzikir mengingati Allah. Bersyukur di atas nikmat kurniaanNya dan mahu istiqamah dengan ibadat malam. Saya dah nekad, satu hari nanti saya mesti jumpa dengan MAN. Kalau Man sibuk dengan kerja, saya sendiri akan ke Ipoh , Insya ALLAH.
Badrul Hisham b Sulaiman Al Hafiz

Tiada ulasan: