(klick pada tajuk untuk terus ke link Download)
InsyaAllah pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi koleksi rakaman MP3 Ruqyah Syariah dan cara penggunaannya. Ialah susunan ayat-ayat Al-Qur'an dan jampi2 yang dibenarkan syara' bertujuan untuk merawat penyakit, termasuklah gangguan jin dan sihir.
InsyaAllah pada tulisan kali ini saya ingin berkongsi koleksi rakaman MP3 Ruqyah Syariah dan cara penggunaannya. Ialah susunan ayat-ayat Al-Qur'an dan jampi2 yang dibenarkan syara' bertujuan untuk merawat penyakit, termasuklah gangguan jin dan sihir.
Secara umumnya, rakaman ruqyah syariah ini, dipelopori oleh muallij (perawat) dari tanah arab, sebagai satu kaedah terapi, contohnya oleh Syeikh Abdul Wahid Salam Bali. Dimana didalam kitab beliau, beliau menyarankan pesakit yang menghidapi masalah gangguan makhluk halus supaya membaca ataupun mendengar rakaman surah As-Soffat di waktu malam dan surah As-Dukhon di waktu siang. Penggunaan rakaman ruqyah mp3 semakin mendapat tempat dan digunakan dengan meluas oleh muallij-muallij di tanah arab.
Antara yang popular dan berada di pasaran (kena bayor :P )
Tetapi bagaimanapun, telah banyak yang percuma berada di internet. Kadang-kadang kita lihat, ada blog-blog yang menjual rakaman ini, dengan harga tertentu, walaupun kita tahu sumbernya ialah dari internet. Wallahualam. Biarkan mereka, tetapi yang ingin saya kongsikan hari ini, yang percuma, dan ada sebahagiannya memang dibacakan oleh muallij dengan kaedah rawatan yang betul.
Dibawah ini dua laman web yang memberikan mp3 ruqyah secara percuma.
dan
Bagaimanapun, dalam banyak2 mp3 tersebut, yang disebelah kanan blog ini yang saya suka/prefer. Tuan-tuan dan puan-puan boleh muat-turut (download) melalui link disebalh kanan blog ini. Mudah-mudahan pahala pembaca Qur'an itu berterusan, selagi mana bacaan mp3 ini digunakan.
Kegunaan MP3.
- Mengesan gangguan jin/sihir
- Sebagai terapi untuk rawatan gangguan jin dan penyakit2 jasmani
- Sebagai terapi untuk ketenangan jiwa
Peringatan
Jangan mendengar mp3 semasa memandu.
Cara Penggunaan MP3 Untuk Mengesan/Terapi Rawatan Jin
- Pilih kawasan yang sesuai untuk mendengar mp3 , elakkan tempat yang terlalu sibuk seperti tempat awam. Sebaik-baiknya di rumah
- Pilih masa yang sesuai, di mana kita tidak terlalu sibuk atau terkejar-kejar.
- Seelok-eloknya berwudhu' sebelum mendengar.
- Ucapkan kalimah syahadah dan selawat
- Pasang mp3 dengan nada sederhana. Cukup sekadar dapat didengar dengan jelas di dalam bilik. Elakkan memasang dengan terlalu kuat bagi menggelak menganggu ketenteraman jiran.
- Tutup mata dan dengar dengan khusyu'. Elakkan mengikut bacaan didalam ruqyah.
- Perhatikan jika terdapat tanda-tanda atau sintom-sintom gangguan.
- Tidak salah jika dengar beramai-ramai , dan digalakkan suami-isteri mendengar bersama-sama.
Sintom-Sintom Gangguan Semasa Bacaan
- Berdebar-debar
- Berpeluh-peluh
- Terasa sesuatu bergerak-gerak (Di perut, belikat, kaki dan sebagainya)
- Pening
- Nafas bertambah kencang
- Terasa hendak muntah
- Sesetengah anggota tubuh terasa kebas (numb)
- Kerasukan
Apa yang perlu dibuat jika pesakit/pasangan kerasukan
- Jangan panik
- Biarkan pesakit kerasukan, dan ulang-ulang rakaman sehingga pesakit sedar
- Jika terlalu lama (hampir sejam),
+ hentikan rakaman mp3,
+ bacakan
ayat untuk menyedarkan pesakit kerasukan
(insyaAllah dikongsi kemudian, tak tahun ni tahun depan :P)
ataupun
ayat Qursi,
tiup di tapak tangan sendiri, kemudian tepuk sederhana di antara dua tulang kipas pesakit. Panggil nama pesakit berulang-ulang kali
+ Biarkan saja pesakit, insyaAllah tak lama lagi akan sedar.
Ini satu lagi Link:- http://www.4shared.com/audio/_aV-XZG4/syeikh_sa_id_al-ghamidi_-_ayat.html
No & Nama Urutan Surah:
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Ini satu lagi Link:- http://www.4shared.com/audio/_aV-XZG4/syeikh_sa_id_al-ghamidi_-_ayat.html
No & Nama Urutan Surah:
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya